Visualisasi pelbagai laluan melalui suatu bahagian Internet. Daripada
'Projek Opte'
Gambaran grafik maklumat struktur jaringan WWW pada Wikipedia, sebagaimana digambarkan sebagai pautan
Secara amnya,
Internet (singkatan perkataan
bahasa Inggeris;
inter-network) ialah
rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf 'I' besar) ialah
sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan
TCP/IP sebagai
protokol pertukaran paket (
packet switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan
Internet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan
internetworking.
Kemunculan Internet
Rangkaian pusat yang membentuk Internet bermula pada tahun 1969 sebagai
ARPANET, yang dibangunkan oleh ARPA (United States Department of Defense Advanced Research Projects Agency). Beberapa penyelidikan awal yang disumbang oleh ARPANET termasuk kaedah rangkaian tanpa-pusat (decentralised network), teori queueing, dan kaedah pertukaran paket (packet switching).
Pada 01 Januari 1983, ARPANET menukar protokol rangkaian pusatnya, daripada
NCP kepada TCP/IP. Ini merupakan permulaan Internet yang kita kenali hari ini.
Pada sekitar 1990-an, Internet telah berkembang dan merangkaikan kebanyakan daripada rangkaian-rangkaian komputer yang sedia ada.
Internet hari ini
Pelbagai aplikasi internet, seperti pelayar web, FTP dan Telnet
Internet dikuatkuasa oleh perjanjian komersil dwi- atau berbilang pihak dan spesifikasi teknikal (
protokol yang menerangkan tentang pemindahan data antara rangkaian). Protokol-protokol ini disediakan berdasarkan perbincangan
Pasukan Petugas Kejuruteraan Internet (
Internet Engineering Task Force - IETF) yang terbuka kepada umum. Badan ini mengeluarkan dokumen yang dikenali sebagai
RFC (
Request for Comments). Sebahagian daripada RFC dijadikan
piawaian Internet oleh Lembaga Rekabentuk Internet (
Internet Architecture Board - IAB). Protokol-protokol Internet yang sering digunakan adalah seperti
TCP/IP,
UDP,
DNS,
PPP,
SLIP,
ICMP,
POP3,
IMAP,
SMTP,
HTTP,
HTTPS,
SSH,
Telnet,
FTP,
LDAP dan
SSL.
Beberapa perkhidmatan popular di Internet yang menggunakan protokol di atas, ialah
e-mel,
Usenet, Newsgroup, perkongsian fail,
Jaringan Sejagat (WWW), Gopher, WAIS, finger,
IRC,
MUD, dan
MUSH. Di antara semua ini, e-mel dan Jaringan Sejagat paling kerap digunakan, dan lebih banyak perkhidmatan yang dibina berasaskannya, seperti senarai mel dan blog. Internet memungkinkan adanya perkhidmatan masa-sebenar seperti radio web dan siar web, yang boleh dicapai di seluruh dunia.
Beberapa perkhidmatan Internet popular yang berdasarkan sistem proprietari ialah seperti
IRC,
ICQ,
AIM,
CDDB,
Torrent dan
Gnutella.
Sebuah pembekal maklumat Internet sejagat
comScore melaporkan bahawa jumlah pengguna unik Internet mecapai aras 1 bilion pada Disember 2008.
[1] Mengikut perangkaan penyelidikannya,
Asia-Pasifik mempunyai bilangan pengguna Internet paling ramai dengan 41 peratus, diikuti oleh
Eropah (28 peratus),
Amerika Utara (18 peratus),
Amerika Latin (7 peratus) dan akhir sekali
Timur Tengah &
Afrika (bersama 5 peratus).
China menggungguli senarai mengikut negara dengan 17.8 peratus pelayar Internet sedunia.
[2] Mengikut senarai tapak web yang dilawati pula,
Google berada di kedudukan teratas dengan 778 juta pelawat unik. Ini diikuti dengan
Microsoft,
Yahoo,
AOL dan Wikipedia dengan projek kembarnya.
[3]
Budaya Internet
Bilangan pengguna Internet yang besar dan semakin berkembang, telah mewujudkan budaya Internet. Internet juga mempunyai kesan yang besar ke atas ilmu, dan pandangan dunia. Dengan hanya berpandukan
enjin gelintar seperti
Google, pengguna di merata dunia mempunyai capaian serta-merta kepada bermacam-macam maklumat. Berbanding dengan buku dan perpustakaan, Internet melambangkan penyebaran(decentralization) maklumat dan data secara ekstrem.
Isu moral dan undang-undang
Terdapat kebimbangan masyarakat mengenai Internet yang berpunca daripada beberapa bahan kontroversi di dalamnya. Pelanggaran hakcipta, bahan lucah, curian identiti, dan fitnah, adalah biasa dan sukar hendak dikawal selia.
Kematian juga telah disalah gunakan di dalam penggunaan Internet oleh sesetengah pihak. Brandon Vedas meninggal dunia akibat pengambilan dadah yang berlebihan setelah rakan-rakan sembang IRCnya memberikan semangat. Shawn Woolley membunuh diri kerana ketagihan dengan permainan online iaitu Everquest. Brandes ditikam bunuh, dan dimakan oleh Armin Meiwes setelah menjawab iklan dalam internet.
Masyarakat hari ini mudah terpengaruh dengan paparan yang terdapat melalui laman web. Mereka tidak menilai sama ada sesuatu itu benar atau palsu. Kandungan yang bersifat fitnah dan maklumat palsu amat mudah mempengaruhi pemikiran masyarakat. Masyarakat sepatutnya menilai sesuatu yang dipaparkan di internet mempunyai kesahihan atau tidak. Jangan menerimanya secara membabi buta.
Selain itu, banyak syarikat rakaman serta syarikat penerbitan
filem melahirkan kebimbangan mereka mengenai gejala
cetak rompak yang semakin menjadi-jadi menerusi internet. Pengguna internet boleh memuat turun filem, video ataupun lagu berformat
MP3 secara percuma dengan mudah melalui beberapa
laman web tertentu ataupun melalui perisian
rakan-ke-rakan seperti
Bittorrent. Pada tahun 2004, Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA) telah memfailkan saman terhadap lebih 250 individu yang menawarkan muat turun lagu yang dicetak rompak.
Capaian Internet
Negara dengan capaian internet yang terbaik termasuk
Korea Selatan (50% daripada penduduknya mempunyai capaian jalur lebar (Broadband), dan
Sweden. Terdapat dua bentuk capaian Internet yang umum, iaitu capaian dial-up, dan
jalur lebar.
Penggunaan Internet di tempat awam
Internet juga semakin banyak digunakan di tempat awam. Beberapa tempat awam yang menyediakan perkhidmatan Internet termasuk Perpustakaan, dan Internet Cafe (dikenali juga sebagai Cyber Cafe). Terdapat juga tempat awam yang menyediakan pusat perkhidmatan berinternet, seperti
Internet Kiosk, Terminal Capaian Awam (
Public Access Terminal), dan Telefon web.
Terdapat juga kedai atau restoran yang menyediakan capaian
Wi-Fi atau
Hotspot, seperti WiFi-cafe. Pengguna hanya perlu membawa
komputer riba (
notebook) atau
PDA, yang mempunyai kemampuan WiFi untuk capaian ke Internet.